Pages

Friday, February 4, 2011

nasib filem melayu.

mari kita nilai filem melyu kita, walaupun kita bukan pengarah filem yg bgus, walaupun kita bknlah penerbit filem yg di kenali tp cukup sekadar kita tahu nilai moraL dalam ISlam, kita tahu halal dan haram dalam islam... yg mana kita boleh nilai semua ni. kebnyakan filem yg dibuat adalah of cz atas selera penonton dan pengarah filem tersebut.


Kelab Gadis Tanpa Dara

Ahmad Idham sekali lagi tampil dengan sebuah filem yang menggunakan ayat-ayat biadap dan tidak enak didengar oleh kanak-kanak bawah umur. Sebelum ini, ramai yang melahirkan rasa ketidakpuasan hati kerana ungkapan 'nasi lemak 50sen' digunakan dalam filem arahannya, Cuti-Cuti Cinta. Kali ini beliau tampil lagi dengan buah tangan terbarunya, Aku Masih Dara yang akan menjengah pawagam pada 16 Disember 2010 bersamaan 10 Muharram 1432H, iaitu Hari Asyura.

Filem ini boleh dikatakan ala-ala filem Syurga Cinta. Tetapi, kali ini ia lebih biadap dengan aksi-aksi dan perkataan-perkataan tak sepatutnya yang boleh mempengaruhi minda anak-anak. Kenapa filem sebegitu boleh diklafikasikan sebagai 'U' dan sesuai untuk tontonan umum?


Jika anda lihat trailer filem tersebut, anda boleh nilai sendiri. Wajarkah perkataan-perkataan tersebut diungkapkan dalam sebuah filem yang diklasifikasikan sebagai 'U'? Adakah ia sesuai sebagai tontonan umum untuk semua lapisan masyarakat?

Antara perkataan tak sepatutnya dan yang biadap bagi aku dalam trailer filem tersebut ialah :

1. Kelab Gadis Tanpa Dara
- Seolah-olah bangga kalau tiada dara sehingga tertubuhnya kelab seperti itu. Adakah tiada dara hanyalah perkara biasa dan sesuatu yang boleh dibanggakan?

2. Sekarang ni ramai yang pakai tudung sebab nak sembunyikan lovebite je.
- Ibarat menghina wanita bertudung. Mungkin orang akan memandang serong kepada wanita bertudung lepas ni. Maka, akan timbullah fitnah.

3. Kau nak yang tinggi-tinggi buat apa? Susah nak kiss!
- Woi! Ni aku pantang! Sebab aku tinggi! huhu..

4. Yg ke 4 ni sy nk tulis pun xlalu..
memang teruk...

Sesuaikah filem ini menjadi tontonan umum? Sekurang-kurangnya letak la klasifikasi 18SX. Itu baru trailer. Tak tau lah apa lagi yang akan kita tengok dan dengar jika kita menonton keseluruhan filem tu. Apa yang cuba disampaikan tu sebenarnya bagus. Tapi, cara penyampaian tu rasanya tidak kena. Rasanya tak perlu la guna ayat-ayat camtu untuk tarik perhatian penonton. Kononnya nak berdakwah? Berdakwah sambil zina mata dan telinga?

ROSAK MASYARAKAT MACM NI
mntk tlg ar mnteri kebudyaan, kerajaan, jakim......tolg lah pantau betol2 saring betul,dan tapis betul2...nk jd apa nnt generaSI rakyat yg akan memimpin negara nnti..jgn duk harap lah nk bina modal insan di kalangan masyarakat kalu macm ni...

sekadar pandangan _______________________________________-HELWANI PMIUPM

0 komentar:

Post a Comment