Pages

Tuesday, February 15, 2011

BaLA PaDA zaMaN sekarAnG

Ada golongan pelajar, profesional atau yang baru berjinak-jinak belajar hadith. Bahkan mengaku dirinya sebagai salafi. Bila berbicara tentang hadith atau hukum biasanya tidak lepas menggunakan kalam Imam Syafie.
Mereka kata :

Imam Syafie sendiri mengatakan ambil hadith sahih. Hadith Sahih itulah mazhabku.
Ungkapan inilah yang selalu digunakan untuk membenarkan tindakan mengeluarkan hukum sendiri. Walaupun dirinya jahil dan tiada disiplin ilmu langsung untuk istinbath hukum.
Bahaya sebenarnya memandai-mandai dalam perkara agama yang melibatkan hukum hakam.

Sebab RasuluLlah sendiri telah bersabda yang bererti :
Dari AbduLLah ibn Amr radiyaLLahu ‘anhu bahawa RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bermaksud :
ALLah subhanahu wa ta’ala tidak akan mengangkat ilmu pengetahuan dengan cara mencabutnya dari hati ulama, tetapi dengan cara mematikan mereka, dan jika sudah tidak ada lagi seorang ulama yang masih hidup, maka manusia akan mengangkat pemimpin di kalangan orang-orang yang jahil (bodoh), jika (para pemimpin tersebut ditanya tentang kemusykilan agama) maka mereka akan berfatwa tanpa dasar ilmu, dengan itu mereka menjadi sesat dan menyesatkan. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ramailah sekarang ini yang berlagak seperti mujtahid. Bila berkata terus keluarkan hadith (itupun belum tentu ia menguasai bahasa Arab untuk tahu tentang hadith). Asal ada isu terus keluarkan hukum dari hadith.
Bolehkah jadi ulamak dengan hafal dan baca 10, 100 hadith sahaja?

Salah seorang ulama yang sezaman dengan Imam Ahmad pernah ditanya orang :
“Jika seseorang sudah dapat menghafal seratus ribu hadith, dapatkah ia dikatakan sebagai faqih…? “Tidak…!”, jawabnya. “Dua ratus ribu hadith..?” “Tidak..!.. katanya. “Tiga ratus ribu hadith..?” “Tidak..! Jawabnya. “Empat ratus ribu hadith..? “Juga tidak..!, tetapi begini (iaitu lima ratus ribu) katanya sambil mengisyaratkan dengan sebelah telapak tangannya.

Banyaknya perlu dihafaz hadith. 500,000 hadith dihafaz baru dikatakan sebagai faqeh. Itupun ulamak amat berhati-hati apabila mengeluarkan hukum walaupun sudah hebat dalam ilmunya.

Contohnya :
Imam Malik pernah berkata :
Jika seseorang diminta untuk berfatwa, sebelum memberikan jawapan ia wajib meletakkan dirinya antara Syurga dan Neraka, serta memikirkan nasibnya di Akhirat nanti, kemudian baru boleh ia memberikan jawapan (mengeluarkan fatwanya)”.

Ibn al Qasim berkata 
:
“Aku pernah mendengar Imam Malik berkata : “Saya sedang memikirkan (jawapan) bagi suatu kemusykilan sejak beberapa puluh tahun dulu, tetapi hingga saat ini belum juga sampai kepada pendapat yang pasti”.

Ibn Abi Layla pernah berkata :
“Saya menemui seramai seratus dua puluh orang Ansar dari sahabat Rasul sallaLLahu ‘alaihi wasallam, jika seorang di antara mereka diajukan pertanyaan (diminta berfatwa), ia akan mengalihkannya kepada yang kedua, dan orang yang kedua akan mengalihkannya kepada orang ketiga dan seterusnya. Sehingga pertanyaan tadi kembali kepada orang yang pertama. Jika salah seorang daripada mereka diminta untuk berfatwa atau ditanya tentang sesuatu masalah, ia akan memohon sahabat yang lain menjawabnya.

Prof Dr Yusuf al Qardhawi, Al Fatwa Bayna Al Indibat al Tasayyub, Fatwa & Antara Ketelitian & Kecerobohan, 1996, Thinker’s Library, Selangor.

Hebat betul ulamak dan para sahabat zaman dahulu, mereka amat warak (berhati-hati) sebab takut untuk mengeluarkan hukum. Takut berdusta atas ALlah dan RasulNya. Ini halal dan ini haram hak siapa untuk berkata? Sedangkan ALlah sendiri mengingatkan kita dalam firmanNya :
“Dan jangan kamu berani mengatakan terhadap apa yang dikatakan oleh lidah-lidah kamu dengan dusta; bahwa ini halal dan ini haram, supaya kamu berbuat dusta atas (nama) Allah, sesungguhnya orang-orang yang berani berbuat dusta atas (nama) Allah tidak akan dapat bahagia.” (an-Nahl: 116)

Berbalik pada persoalan mengenai kalam Imam Syafie yang selalu digunakan oleh golongan tertentu untuk membenarkan tindakannya. Sebenarnya kalam Imam Syafie ini perlu difahami melalui ulamak yang mengikut mazhab syafie juga. Sebab mereka lebih arif dan mendalami apa pengertian sebenar kalam Imam Syafie yang dimaksudkan.
Imam Syafie ada menyatakan :

Apabila hadith itu sahih maka itulah mazhabku

Penjelasan :

Apa yang telah diucapkan oleh Imam Asy Syafie bahawa bila hadith itu sahih maka itulah mazhabnya. Ini bukan bererti bahawa kalau melihat suatu hadith sahih seseorang itu boleh menyatakan bahawa itu adalah mazhab syafie dan boleh diamalkan menurut zahirnya.
Apa yang tersebut di atas hanya ditujukan bagi orang yang sudah mencapai darjat ijtihad dalam mazhab Syafie sebagaimana telah kami terangkan sifat-sifatnya atau yang mendekati sifat tersebut.

Adapun syaratnya ialah ia harus mempunyai sangkaan yang kuat bahawa Imam Syafie rahimahuLLah belum pernah menemukan hadith tersebut atau tidak mengetahui kalau hadith itu sahih.

Untuk mengetahui hal ini, ia harus menelaah semua kitab Imam Asy Syafie dan kitab-kitab para ulama pengikutnya. Sudah tentu syarat ini sangat sulit dan jarang dapat dipenuhi. Adapun diisyaratkan demikian kerena Imam Syafie RahimahuLLah sendiri sering meninggalkan (tidak mengamalkan) hadith-hadith yang telah dilihat dan diketahuinya dan menurut pendapatnya bahawa hadith tersebut cacat dalam riwayatnya. atau maknanya sudah dinasakh, ditakhsis, ditakwil atau sebab lainnya.

Al Majmu’ Syarah Al Muhazzab, Jilid I, hlm 64.
Sekarang sudah jelas bukan? Perkataan Imam Syafie itu ditujukan untuk individu yang mencapai taraf mujtahid. Hendak jadi mujtahid bukan calang-calang orang boleh memiliki taraf ini. Perlu mengikut disiplinnya. Sebagaimana nak jadi seorang doktor bedah, perlu ada mengikuti kursus-kursusnya, kena tahu tentang biologi, atonomi dalam badan, perkara yang berkaitan dengan saraf. Bolehkan siapa sahaja mengklaim dirinya sebagai doktor bedah? Dan kemudian terus melakukan pembedahan ke atas pesakit? Apa akan terjadi pada pesakit tersebut? Contohnya : pesakit A perlu dibedah pada tulang belakang, tetapi ‘doktor bedah palsu’ ini membedah pesakit dan mengeluarkan jantungnya. Jawabnya – tamatlah riwayat pesakit itu atas kejahilan ‘doktor bedah palsu’ terbabit. Kerosakan demi kerosakanlah yang dibawanya.

Itu baru contoh doktor bedah. Bagaimana pula perihal hukum hakam agama yang diserahkan kepada bukan ahlinya? Jawapannya sudah ada diberikan di dalam hadith di atas pada permulaan bicara.



Monday, February 14, 2011

MAULIDURRASUL 1432H



Rasulullah Muhammad Saw adalah nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah Swt untuk menegakkan agama Islam di dunia sebagai petunjuk bagi umat manusia sebelum menghadapi hari akhir. Nabi Muhammad Saw adalah pemimpin, pemberi petunjuk dan ikutan bagi kaum Muslimin. Tindakan-tindakan baginda, secara pribadi maupun berhadapan dengan orang ramai selalu mendapat bimbingan dari Allah Swt sehingga ia menjadi lambang bagi mereka yang mempunyai akhlak dengan akhlak Islam. Rasulullah S.A.W dicintai dan dihormati oleh generasi pertama kaum Muslimin yang meniru, mengagumi dan mencontoh perbuatan serta sikap Rasulullah Saw dalam kehidupan mereka sehai-hari. Dalam Al-Quran Surat Ali Imran ayat 31 disebutkan; . “Katakanlah: Jika memang kamu cinta kepada Allah, maka turutkanlah aku, niscaya cinta pula Allah kepada kamu dan akan diampuniNya dosa-dosa kamu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi penyayang.” Kecintaan dan kasih sayang Allah Swt pada seorang mukmin, baik laki-laki maupun perempuan, tergantung pada tingkat kecintaan dan kepatuhan seorang mukmin pada Rasulullah Muhammad Saw. Kecintaan dan kepatuhan itu harus tercermin dalam cara hidup mereka dengan mencontoh kepribadian Rasulullah S.A.W. Kaum Muslimin menghadapi tentangan dan tekanan yang berat untuk memegang teguh keyakinan mereka atau keyakinan itu akan luntur oleh GAYA HIDUP SEKULAR. Berbeza dengan zaman Rasulullah S.A.W, para sahabat secara automatiknya dengan sepenuh hati menjalankan Sunnah Rasulullah S.A.W. Sekarang, zamannya sudah berubah, menerapkan Sunnah Rasulullah dalam kehidupan sehari-hari menjadi tentangan tersendiri bagi banyak kaum Muslimin. Beberapa faktor yang mempengaruhinya antara lain; 

1. Modernisasi Perkembangan dalam bidang ilmu pengetahuan, perkembangan, teknologi dan modenisasi pelbagai perkara akan menjadi seseorang akan dipandang kuno atau primitif jika memilih, menerapkan kaedah-kaedah yang lama, yang ditemukan berabad-abad yang lalu dan bukan kaedah hasil penemuan yang moden.

2. Tekanan Lingkungan dan Budaya Korporat Di zaman sekarang hampir setiap orang bekerja untuk mencari nafkah- pendek kata dari golongan kecil hingga golongan besar, tua muda, kaya miskin, lelaki mahupun perempuan.Kehidupan mereka hanya berputar untuk menambah ekonomi untuk menyara kehidupan. Mereka menyatakan amalan sunnah boleh mengganggu gugat kehidupan mereka, yang mana kehidupan mereka menjurus kepada kehidupan dan budaya-budaya barat. Patut kah dalam hati umat Islam ada perasaan seperti ini terhadap Rasulullah. Contohnya, seorang muslimah mungkin tidak diizinkan mengenakan jilbab di tempatnya bekerja. Ini berlaku di beberapa buah negara. Muslimah dihalang bekerja sekiranya mereka memakai jilbab. 

3. Tradisi dan Budaya Banyak kaum Muslimin yang mana mereka tidak dapat mengenalpasti antara budaya, adat dan sunnah. Mereka mempraktikan disebabkan oleh golongan tua, nenek moyang mereka mengamalkannya. Walaupun dunia sudah berkembang maju namun tradisi mereka tidak dapat ditinggalkan. Yang mana kadangkala ianya 1 bidaah. 

4. Inovasi Teknologi Peralatan teknologi dan informasi yang berkembang sekarang ini dengan teknologi yang canggih, media cetak, media elektronik dan sebagai menyebabkan pelbagai perkara dapat kita ketahui. Dunia tanpa batasan, maklumat dihujung jari. Kelekaan dengan perkara ini juga menyebabkan kita tidak endah dengan sunnah-sunnah Rasulullah. Terdapat pihak yang sekular menganggapkan hiburan sebagai makanan kepada jiwa yang tenteram. Artis-artis yang telah dibuang dari negera mereka seperti Adam Lambert (GAY),  Mohsen Namjoo (Menghina Al-Quran dengan lagu-lagu yang dibawanya) dan kemudian  Malaysia kutip untuk mengadakan pertunjukkan di Malaysia. Adakah harga artis luar negara yang dibuang dari negara mereka dibayar dengan harga yang murah atau adakah untuk memenuhi selera rakyat yang teruja sangat kepada hiburan sehingga maruah Islam itu tergadai. Saya tinggalkan persoalan ini untuk anda semua brfikir.  Kajian mendapati Malaysia berada pada kedudukan yg ke 3,hiburan paling tertinggi di Asia. Ini termasuklah hub-hub hiburan, rancangan realiti tv dan sebagainya.  Segala contoh yang saya berikan di atas, Kaum Muslimin zaman sekarang ditentang untuk menjalankan Sunnah Rasulullah di tengah maraknya fitnah terhadap Islam dan kaum Muslimin itu sendiri. Misalnya, bagaimana seorang lelaki Muslim boleh menundukkan pandangannya ketika melihat gambar-gambar perempuan yang bertebaran di sekeliling mereka dan pelbagai lagi.
 
5. Kelompok-Kelompok Islam yang Menyimpang dari syariat Islam harus berhati-hati kerana banyak kelompok-kelompok Muslim yang tergelincir melakukan penyimpangan ajaran Islam dan melakukan bid’ah. Seseorang yang melakukan tindakan yang tidak ada dasar ajarannya dalam Islam dan tidak pernah diajarkan Rasulullah maka ia sudah jauh dari sunnah. Untuk mengatasi halangan itu, agar kita tetap berpegang pada Sunnah Rasulullah Saw bukanlah sesuatu perkara yang senang bagi umat Islam di zaman sekarang ini. Mereka bukan hanya harus menjaga keyakinan agama mereka dari arus modernisasi dan dari godaan duniawi tapi juga harus berjuang melalui perbuatan dan perilaku mereka untuk membuktikan bahwa Islam adalah agama yang  mudah diimplementasikan dalam situasi zaman apapun dan Islam adalah agama yang syumul. Halangan Kehidupan Modern Bagi Muslimah Sekarang ini, kebanyakkan Muslimah yang taat menerapkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian mereka, terjun ke dunia dakwah. Para Muslimah ini juga begitu bersemangat untuk tetap memelihara dan mengikuti Sunnah Rasulullah, terutama yang berkaitan dengan kehidupan mereka sebagai perempuan. Islam memberi garis panduan yang baik yang memberi kebaikan kepada golongan hawa ini. Misalnya, menunaikan salat di masjid lebih disarankan bagi kaum lelaki Muslim dan bukan bagi kaum perempuan. Para Muslimah  harus mencontohi kehidupan para perempuan dalam kehidupan Rasulullah Saw, yang mematuhi dan mempraktikkan agama Islam berdasarkan bimbingannya,  dalam menerapkan Sunnah Rasulullah Saw dalam konteks kehidupan di masa kini. Para perempuan mulia di lingkungan Rasulullah Saw yang paling utama dijadikan ikutan adalah para isteri dan anak-anak perempuan Rasulullah Saw. Di antara mampu  menyelesaikan dalam masalah hukum Islam. Di zaman sekarang, tentangan terbesar bagi kaum perempuan dalam level global ketika mereka memilih untuk menerapkan Sunnah Rasulullah sebagai cara hidup mereka adalah, persepsi yang menyebutkan bahwa kaum lelaki dan Islam telah menindas kaum perempuan dan memaksa para perempuan untuk berpakaian serba sederhana serta persepsi  bahwa perempuan seharusnya lebih fokus pada pekerjaan rumah tangga dan keluarga mereka, bukan pada karier atau pekerjaan di luar rumah. Banyak Muslimah yang mematuhi Sunnah Rasulullah dan berkeinginan untuk menerapkan cara-cara hidup yang Islami. Tetapi, kesalahfahaman tentang kaum perempuan dalam Islam, yang digembargemburkan oleh media dan kelompok-kelompok yang  mengguanakan isu gender dengan membuat kesalahpahaman dan stereotipe yang tidak benar terpelihara. Kejayaan Hidup Bersama Sunnah Rasulullah Saw Tidak ada metodologi yang cepat agar kita boleh menjaga dan menerapkan Sunnah Rasulullah dalam kehidupan sehari-hari, di masa kini dan seterusnya. Tetapi memerlukan strategi yang luas dalam jangka masa panjang yang akan membuahkan hasil. Untuk umat Islam, baik lelaki dan perempuan disarankan;  

1. Membekalkan Diri dengan Pengetahuan tentang Islam Misalnya, belajar membaca Al-Quran, belajar bahasa Arab, belajar tafsir Al-Quran, sering mendengarkan ceramah-ceramah agama boleh menambah ketaqwaan dan mendorong kita untuk berpegang teguh pada Sunnah Rasululullah Saw. 

2. Mempelajari Sirah, tentang kehidupan Rasulullah Saw dan Hadis. Ini boleh dilakukan dengan banyak membaca atau mendengarkan ceramah keagamaan tentang kehidupan Rasulullah Saw. Dengan demikian, semakin kita mengenal Rasulullah, makin mudah bagi kita untuk mencintai dan mencontoh tindakan dan perilaku baginda. 

3. Melaksanakan Kewajipan-Kewajipan Agama.  Laksanakanlah amanah-amanah wajib dan utama sebagai seorang Muslim, seperti solat lima waktu dan puasa di bulan Ramadan serta ibadat-ibadat wajib yang lain. Namun sekiranya, kita soroti kehidupan para sahabat rasulullah mereka sangat menjaga amalan-amalan sunat terutama sekali bangun qiamullail. Ini adalah salah 1 kecintaan mereka kepada Allah SWT. 

4. Cari Teman yang baik-baik dan Bergaulah dengan sesama Muslim yang taat menjalankan ajaran Islam, termasuk mengenali keluarga mereka. Melibatkan diri dalam berbagai kegiatan sosial kemasyarakatan. Bagaimanapun tentangan terhadap amalan sunnah Rasullullah bukanlah dari faktor luarannya sahaja namun masalah ruh umat Islam sendiri yang kotor serta meraguinya, serta timbullah persepsi yang bukan-bukan dalam diri  umat Islam. Sekiranya halangan tersebut dapat diatasi, umat Islam membuktikan bahwa mereka boleh hidup dengan jalan yang mereka pilih.
HELWANI-PMIUPM - Semperna sambutan maulidur rasul pada tahun ini 2011m bersama 1432H


sungai HIJAU di Kanada

One of Parks Canada, the unidentified person was poured into the river fluorescent solution, coloring the water a bright green color.
Jokers)

Green River in Canada

Green River in Canada

Green River in Canada

Green River in Canada

Green River in Canada

Green River in Canada




Gratisan Musik

Friday, February 11, 2011

Pandangan HELWANI saudari Nor Syazwani Aziz berkaitan SAMBUTAN VALENTINE


SEJARAH  HARI VALENTINE
14 hb 2 iaitu jatuh pada hari isnin ini, maka seluruh dunia meraikan valentine day. Namun bagi umat Islam tiada istilah meraikan sambutan valentine day. Sekiranya, kita tahu sejarah daripada sambutan hari tersebut, ianya tidak ada kena mengena dengan orang Islam.
Pendapat pertama
Ianya dikaitkan dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.

 Pendapat kedua
mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269M.

Pendapat ketiga.
Ia dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

 Pendapat keempat.
Menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.

Disini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.
APA KATA ISLAM BERKAITAN HUKUM MENYAMBUT VALENTINE DAY
Sebagaimana yang telah termaktub di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah dan disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ini sebagaimana yang firman Allah S.W.T.:

Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. – al-Hajj : 67

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959.

Oleh itu hendaklah umat Islam hanya membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu 3 kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Mawlid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Qur’an dan lain-lain lagi. Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam malah ianya berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masehi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabdanya: Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512.

Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini merupakan satu upacara yang berhubung-kait dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian sebagaimana yang telah ana paparkan sebelum ini. Justeru itu bagi mereka yang menyambut hari tersebut ditakuti dia tergolong dalam ke dua golongan tersebut sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. di atas. Apabila seseorang itu merayakannya bermaksud untuk mengenang kembali peristiwa kematian St. Valentine maka tidak disangsikan lagi bahawa perbuatan tersebut boleh menyebabkan pelakunya terkeluar dari agama Islam. Apabila dia tidak bermaksud sedemikian dan menyambut Hari Valentine sekadar untuk bersuka-ria maka dia sebenarnya telah melakukan suatu kemungkaran yang besar kerana sambutan hari tersebut menyerupai perbuatan golongan yang durhaka kepada Allah S.W.T.. Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini turut diikuti dengan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, membuang masa dengan berpeleseran ke tempat-tempat yang tak tentu hala malah mencurigakan dan membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal. Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Syaikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar.”

Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan Hari Valentine ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). – al-Israa’ : 32

Sebagaimana yang telah dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 10 Februari 2007, Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahaya Mohamed Yusof telah menegaskan bahawa kes remaja hamil anak luar nikah meningkat pada akhir Februari dan awal Mac. Beliau berkata: “Sebahagian besar remaja yang ditempatkan di Kewaja mengadu mereka lupa diri ketika menyambut Hari Memperingati Kekasih atau Valentine’s Day. Mereka keluar berpasangan dan berpesta sehingga larut malam, kemudian mengambil pil khayal hingga tidak sedar terlanjur lalu hamil.”

Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredhai Allah S.W.T.. Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar)". –Al-Baqarah (2) : 120

Oleh itu mereka mempopularkan sambutan Hari Valentine ini di negara-negara Islam dan menampakkan sambutannya sebagai satu perkara yang begitu romantis serta indah bagi pasangan-pasangan yang ingin membuktikan perasaan cinta mereka. Inilah sebenarnya sikap syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyalurkan perbuatan maksiat agar kelihatan seperti satu perkara yang baik dan diamalkan oleh manusia tanpa rasa berdosa. Firman-Nya Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik". – al-Hijr (15) : 39-40

Bersandarkan kepada hujah-hujah di atas maka para ulamak telah merumuskan bahawa sambutan Hari Valentine adalah diharamkan bagi seluruh umat Islam. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.

Pada hari ini teks khutbah Jumaat yang dibacakan bahawa di Selangor dan K.L mengharamkan  umat Islam menyambut Hari Kekasih termasuklah memberi sokongan, mempromosikan, mengajarkan dan menyebarkan apa-apa sambutan yang berkaitan dengannya. Bagaimanapun Jakim berkata akan mengedarkan kira-kira 15,000 kit anti-Hari Kekasih sempena pelancaran kempennya di Putrajaya malam ini.
Khutbah Jumaat Selangor berkata, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan dan juga Jawatankuasa Fatwa Selangor telah memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Valentine adalah haram kerana tidak pernah dianjurkan oIeh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya juga bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oIeh Islam.

Menurut teks khutbah, rekod Jabatan Pendaftaran Negara bahawa sejak 2000 hingga 2008 sebanyak 257,411 Sijil Kelahiran telah didaftarkan tanpa dicatatkan nama bapa.
“Rekod ini menggambarkan betapa ramai anak-anak yang tidak sah taraf atau lahir secara luar nikah untuk tempoh sembilan tahun tersebut,” tambah khutbah.
“Jumlah yang begitu ramai untuk tempoh kurang 10 tahun ini sewajarnya mengundang rasa bimbang dan gerun dengan masa depan Generasi Islam,” katanya.
Justeru, khutbah Selangor menggesa setiap orang Islam khasnya golongan remaja seharusnya meninggalkan budaya “Hari Kekasih” yang hanya bertujuan merosakkan akhlak masyarakat Islam.
“Ingatlah sesungguhnya Yahudi dan Nasrani akan terus berusaha sedaya-upaya untuk memperdaya umat  Islam supaya mengikut telunjuk dan kehendak mereka.
“Pelbagai cara dan jalan yang mereka lakukan untuk merosakkan kepercayaan dan keperibadian umat Islam,” tambah khutbah.
Dalam pada itu, khutbah Jumaat yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) “panduan yang sebenarnya untuk menzahirkan rasa cinta dan kasih telah digariskan dengan jelas dalam Islam.”
Justeru itu hendaklah pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya untuk menghalang budaya golongan yang ingkar kepada Allah ini dari diamalkan oleh umat Islam di Malaysia. Media Massa dan penggemar laman web social sepatutnya dihalang dari memasyhurkan sambutan Hari Valentine ini kepada umat Islam. Sebagai gantian media massa perlu digunakan untuk menyebarkan fatwa-fatwa para ulamak yang mengharamkan sambutan Hari Valentine. Walaubagaimana pun terima kasih kepada media massa dan media media cetak kerana bersama-sama membantu dalam menyebarkan mesej dakwah ini. Bagaimanapun institusi IPTA, IPTS, sekolah dan sebagainya, hendak lah menjalankan usaha dakwah ini bagi memahamkan masyarakat Islam berkaitan dengan sebarang perayaan ini yang diharamkan oleh Agama Islam iaitu, melalui Persatuan Kerohanian, Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) dan pelbagai metod dakwah yang boleh digunakan.
WASSALAM....


Tuesday, February 8, 2011

13 Perkara HELWANI mengasihi Kaum Hawa - Amanat HELWANI

1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki memakai gelang berloceng - Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.


Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Monday, February 7, 2011

Ahli Sains Baru Nak Tahu Sedangkan Al-quran dah Ceritakan 1432 Tahun yg Lalu


PADA pertengahan tahun 1975, Perancis yang ketika itu di bawah pemerintahan Presiden Francisco Mitterand menawarkan kerajaan
Mesir bantuan untuk meneliti,mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal.

Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan

para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.

Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.

Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian.

Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka.

Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya

oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920.

Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi.

Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan

pemimpin Mesir, Anwar Sadat.

Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk

menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.

Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai

bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan
dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan

sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?

Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan

mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden

(judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi
kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada
Academie Nationale De Medicine, Perancis.

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru.

“Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya
dipelihara sehingga hari ini!”

Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri

yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.

Kisah Firaun dalam al-Quran

Hakikatnya Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam

telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898.

Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya.

Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat

membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.

“Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini?

Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi

tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.

Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang

berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang
berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)

Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu.
Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu

dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan
seluruh bala tentera di belakang mereka.

Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:

“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan

sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).”

Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan

memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata:

“Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.”

Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran.

Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada

tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.

Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan

fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.

“Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi

tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran.

“Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya.

Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.

Sunday, February 6, 2011

“Seorang Guru Wanita di Masa Rasulullah”

Asy-Syifa’ binti  ‘Abdullah

NAMA DAN NASAB
Dia adalah Asy-Syifa binti Abdullah bin Abdu Syams bin Khalaf bin Saddad bin ‘Abdullah bin Qarth bin Razzah bin ‘Adi bin Ka’ab dari suku Quraisy Al-Adawiyah.

KEISLAMAN
Asy- Syifa binti ‘Abdullah masuk islam sebelum hijrah. Ia termasuk muhajirah angkatan pertama yang berbaiat kepada Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam. Dia termasuk wanita yang disebut di dalam firman Allah:
Wahai Nabi, apabila datang kepadamu perempuan-perempuan yang beriman untuk berbai’at bahwa mereka tidak akan mempersekutukan sesuatupun dengan Allah, tidak akan mencuri, tidak berzina, tidak akan membunuh anak-anaknya, tidak akan berbuatg dusta yang mereka ada-adakan antara tanagn dan kaki mereka,  dan tidak akan mendurhakaimu dalam urusan yang ma’ruf, maka terimalah bai’at mereka dan mohonkanlah ampunan kepada Allah untuk mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.” (QS: Al-Mumtahanah [60] :12)

SIFAT BELIAU
Asy- Syifa binti ‘Abdullah adalah wanita yang cerdas, memiliki banyak kelebihan, merupakan salah satu tokoh islam yang menonjol, dan di dalam dirinya terhimpun pengetahuan keimanan dan keimanan. Dia merupakan sedikit di antara wanita Makkah yang pandai membaca dan menulis pra-Islam. Setelah masuk islam, dialah yang mengajari para wanita muslimah dengan tujuan agar mendapat balasan dan pahala dari Allah. Sejak itulah ia menjadi guru di zaman Rasulullah. Di antara muridnya adalah Hafshah binti ‘Umar bin Khaththab, istri Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam.


Dalam sebuah hadits disebutkan bahwa Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam meminta Asy-Syifa untuk mengajarkan Hafshah tulis menulis dan pengobatan dengan ruqyah. Ia berkata: “Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam pernah datang menemaniku saat aku sedang bersama Hafshah, lalu beliau berkata kepadaku:

الا تعلمين هذه رقية النملة كما علمتيها الكتابة
“Tidakkah engkau mengajarinya cara meruqyah penyakit namlah sebagaimana engkau mengajarinya tulis menulis? [1]
Asy-Syifa adalah wanita beruntung karena mendapat perhatian dari Rasulullah. Beliau memberinya sebuah rumah khusus di Madinah yang berdekatan dengan para penderita penyakit gatal. Dia menempati rumah tersebut bersama anaknya Sulaiman. Asy-Syifa juga banyak belajar hadits dari beliau untuk memahami masalah-masalah agama dan keduniaan. Dengan berbekal pengetahuan inilah, ia mendakwahkan islam dan memberi nasihat kepada masyarakat.
Asy-Syifa tidak pernah mengenal lelah dalam memperbaiki kesalahan. Sepeninggal Rasulullah, Asy-Syifa tetap memperhatikan keadaan kaum muslimin dan memuliakan mereka sampai ia wafat pada tahun ke-20 Hijriyah. Semoga Allah mencurahkan rahmat-Nya kepada AsySyifa’ binti ‘Abdullah, seorang wanita yang telah mempersembahkan yang terbaik kepada masyarakat berupa ilmu dan pengetahuan agama. Dia merupakan teladan yang baik bagi muslimah. Asy-Syifa tidak bakhil membagi pengetahuan dan lainnya dalam rangka menegakkan aqidah dengan niat semata-mata mengharap ridha dari Allah.

Wanita Umpama Pohon Semalu



Pada suatu hari, Rasulullah saw berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut.

Rasulullah menyambung kata-katanya lagi.

Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek :-

Pertama : Pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua : Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga : Semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai ikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Keempat : Semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

Malu itu separuh daripada iman..

Friday, February 4, 2011

Adakah Islam Mendriminasikan Wanita..peranan kita dalam memahamkan Islam kepada org lain. Jgn biarkan golongan sosialis menanamkan dakyah yg tidak betul mengikut syariat Islam..ayuh sama2 lh kita dalam memartabatkan Islam sebagai agama yg syumul dan adil dalam segenap segi.


Ketika terkuak jendela, fajar Islam terbit membebaskan belenggu kejahilan di kalangan manusia.
Hadir gah menghapuskan segala bentuk perkara kesyirikan, penyembahan Latta Uzza (patung sembahan), penindasan kepada kaum wanita dan pelbagai kesesatan lain bermula sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar urusan pemerintahan.
Ingatkah kita kisah Saidina Umar r.a di zaman Jahiliyyahnya? Akhirnya beliau sujud taubat tenggelam dalam linangan penyelesan tak terhingga.
Setelah sekian lama Islam berjaya membersihkan karat-karat kefasidan, kini muncul lagi slogan-slogan indah menari-nari di minda para wanita Islam. Penubuhan SIS pada 1988 dilihat antara usaha-usaha memartabatkan kembali slogan itu. Feminisme, Liberal, kebebasan, kesamarataan.  Untuk apa idea itu?





Objektif utama kami (SIS) adalah:
* Menegak dan membangunkan satu kerangka hak-hak wanita dalam Islam yang mengambil kira pengalaman dan realiti wanita;
* Menghapuskan ketidakadilan dan diskriminasi terhadap wanita dengan mengubah amalan-amalan serta nilai-nilai yang menganggap bahawa taraf wanita adalah lebih rendah daripada lelaki; dan
* Membina kesedaran awam dan memperbaharui undang-undang serta dasar-dasar mengenai kesaksamaan, keadilan, kebebasan, martabat dan demokrasi dalam Islam.

Filem ‘Perempuan Berkalung Sorban’ (Woman With A Turban)
Melihat tajuknya sahaja sudah jelas menampakkan makna tersirat. Serban adalah pakaian bagi kaum lelaki mengikut adat kebiasaan masyarakat arab lalu ianya menjadi sunnah Rasulullah SAW. Bahkan ia juga menjadi pakaian bagi ulama’ dulu dan kini. Apa yang kita boleh tafsirkan jika wanita yang memakai serban di kepalanya?
Menonton filem itu di awal babak sudah membuatkan jiwa tersentak. Babak bagaimana si gadis kecil bernama Anissa memberontak di hadapan ayahnya agar dia dapat bersama-sama abang menunggang kuda.
“Kenapa nisa ngak boleh?” Tanya Anissa sewaktu sedang makan malam bersama keluarga.
“Kerana kamu itu perempuan..” Jawab abangnya.
“Puteri budur..mereka perempuan, mereka naik kuda sama memimpin pasukan..”
“Berarti mereka juga ngak pantas..”
“Mereka bukan anak abi..” Jawab Ayah gadis itu lalu menepuk meja makan.
Begitu juga babak yang berlaku ketika sessi pemilihan ketua kelas di antara Anissa dan Farid (Ternyata nama penulis juga tiba-tiba termasuk dalam senarai. Saya senyum sahaja kali ini). Lalu akhirnya guru kelas memilih Farid sebagai ketua kelas beralasankan lelaki pemimpin kaum wanita. Kesannya menyebabkan Anissa terus memendam rasa yang mendalam.
Adegan lain yang boleh menimbulkan kontroversi ialah perbualan Anissa ketika bersama rakannya membasuh kain di tepi sungai.
“Islam ngak adil sama perempuan!” Kata Anissa tambah rasa bersalah selepas kecewa dengan pengajaran Pak Kiyai.
Jalan cerita filem itu mengisahkan kehidupan di sebuah pusat pengajian pondok (pesantren) dan situasi-situasi yang berlaku di dalamnya melalui penyampaian daripada babak ke babak.
Mesej Filem
Setelah menonton filem tersebut, saya dapat rumuskan beberapa perkara mengenai mesej yang hendak disampaikan. Mari kita teliti satu persatu-satu:


1.Sekolah Pondok Islam (Pesantren) mengongkong kebebasan.
Meletakkan Institusi pusat pengajian Islam sebagai sebuah tempat menyekat kebebesan adalah suatu tindakan yang tidak wajar. Gambaran sebegini menunjukkan kepada penonton bahawa Islam adalah agama yang sempit dan tidak memberikan layanan adil kepada kaum wanita sehinggakan muncul fahaman feminisme. Justeru, golongan yang memperjuangkan fahaman feminisme terus mencucuk jarum tajam dan menghukum Islam adalah agama penindasan dan zalim.
Ia dilihat seolah-olah wanita telah terpenjara dengan Islam.
Akibat dari kesan kecil ini, golongan tersebut lalu membawa fitnah lebih besar dan berani sehingga menuntut sebuah kebebasan yang tidak masuk akal. Bahkan mahu sama taraf pula dengan kaum lelaki dalam semua hal serta tidak melihat sebagai fitrah manusiawi sebagai landasan. Licik bukan propagandanya?

2.Wanita tidak boleh jadi pemimpin?
Saya mengakui di dalam agama Islam tidak semua perkara kaum wanita boleh melakukannya seiring lelaki. Namun tidaklah bermakna itu adalah suatu kongkongan hebat ke atas wanita. Islam hadir meletakkan fitrah wanita di dalam landasan sebenar. Ini bukanlah atas bersifat kokongan. Tetapi lebih kepada didikan berbentuk pengawasan, penjagaan dan kasih sayang.
Islam sememangnya tidak menganjurkan wanita menjadi ketua negara ataupun Khalifah di dalam empayar Islam atas sebab-sebab tertentu. Walaupun begitu, Islam tidaklah begitu sempit sehinggakan selama-lamanya wanita itu tidak boleh menjadi pemimpin. Dipersilakan wanita menjadi pemimpin untuk kaum hawa dan hal ehwal wanita. Kerana itu lebih dekat dengan hati-hati mereka malah bersesuaian dengan fitrah wanita yang fikirannya ada kehebatan tersendiri. Firman Allah SWT bermaksud:
“Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita)..” (An-Nisa’: 34)
Di dalam kitab Fatawa Wa Ahkam Lil Mar’aatil Muslimah oleh Syeikh Athiah Saqr ada menyebut hal berkenaan masalah ini. Beliau menyatakan bahawa tidak harus bagi wanita menjadi pemimpin dalam wilayah umum samaada menjadi ketua negara, Presiden, Perdana Menteri dan sebagainya.
Menurut padangan Jumhur ulama’ di kalangan Malikiah, Syafie’yyah dan Imam Hanbali sesungguhnya tidak harus wanita menjawat jawatan dalam perundangan berdasarkan dalil hadis baginda SAW bermaksud:
Dikeluarkan oleh Bukhari, Ahmad, Nasaie’, Tarmizi daripada Abi Bukrah: Kata Rasulullah SAW: “Tidak berjaya sesuatu kaum sekiranya wanita menjadi pemimpin di kalangan mereka”
Kepada mereka yang masih memperjuangkan hak ini saya syorkan mereka ‘panjat pokok kelapa’ dulu dan tinggalkan aktiviti beranak, mengandung dan menyusu anak agar setanding lelaki.

3. ‘Dating’ dan berdua-duaan lelaki wanita.
Filem ini seolah-olah mengenepikan soal berduan-duan antara lelaki dan wanita samaada di tempat sunyi seperti kandang kuda, ataupun pantai yang terbuka. Walaupun hakikatnya ia adalah sebuah lakonan tetapi kesan kepada penonton memperlihatkan unsur negatif. Tambahan pula terdapat satu adegan yang mana Anissa mengajak bekas kekasihnya supaya melakukan zina dan mendedahkan aurat. Adakah ini sesuatu yang baik?
“Aku sudah berkali-kali istighfar tetapi Tuhan tidak pernah dengar Istighfar aku.” Kata-kata Anissa di dalam kandang kuda seakan-akan mempersendakan agama.

4. Jima’ yang ganas.
Islam menggalakkan umatnya berkahwin antara lain agar landasan menyalurkan fitrah naluri bersama antara lelaki dan wanita itu diberikan secara betul berdasarkan kasih sayang dan nilai hubungan yang baik. Tidak hanya mementingkan kepuasan dan layanan sebelah pihak semata-mata.
Apa yang ditonjolkan oleh filem ini ialah keganasan dan kekasaran dalam melayan si isteri terutamanya ketika mahu bersama. Sedangkan lelaki itu berwatak seorang yang terpelajar dalam agama serta tahu hukum hakamnya. Jadi, mesej apakah yang mahu disampaikan oleh mereka yang membuat filem?

5. Ketidakadilan dalam poligami.
Selepas sahaja berlaku keganasan seks dalam rumah tangga, maka si lelaki yang kononnya beragama melakukan poligami pula. Alasan yang sangat dangkal! Mahukan kepuasan seks semata-mata kerana Isteri tidak memberikan layanan.
Lalu apabila berlaku poligami, si suami pula tidak berlaku adil kepada isteri yang pertama. Nah, di sinilah antara lubang untuk golongan SIS dan Feminisme mengambil kesempatan merosakkan erti poligami sebenar. Walhal sunnah Rasulullah SAW membenarkan berpoligami sekiranya berlaku adil antara kesemua isteri yang dikahwini lelaki itu.
Suatu tamparan hebat hinggap di emosi-emosi kaum wanita dan akhirnya berjaya melabelkan poligami tidak wajar! monogami digalakkan!

6. Wanita tidak boleh belajar setaraf lelaki.
Hujjah dangkal apakah yang diguna pakai mengatakan Islam tidak memberikan ruang untuk kaum wanita belajar? Belajarlah asalkan tidak melanggar syariat dan tidak menyalahgunakan ilmu untuk mencabar agama sendiri.

7. Hukuman Hudud dan Rejam yang salah.
Setelah Anissa dan Alek ditangkap kerana tuduhan berzina, langsung hukuman rejam mahu dilaksanakan ke atas kedua-dua mereka tanpa bukti, 4 orang saksi dan penyiasatan terperinci.
Watak Anissa ketika itu ialah seorang wanita janda, manakala Alek lelaki yang masih bujang. Di dalam kaedah hukuman hudud, lelaki atau wanita yang belum berkahwin jika benar dia berzina maka hukuman 100 kali sebatan dan buang daerah akan dilaksanakan.
Bukan rejam.
Rejam sehingga mati adalah disabitkan bagi mereka yang sudah berkahwin dan berzina. Itupun setelah selesai penyiasatan rapi dan bukti yang kukuh atas dakwaan. Hudud bukan undang-undang yang tahu berhukum tanpa penghakiman detail.

8. Tidak boleh menulis.
Sebagaimana yang saya jelaskan, Islam sama sekali tidak melarang kaum wanita menulis atau terjun dalam apa jua bidang yang sesuai mengikut syariat asalkan ianya tidak melanggar fitrah dan agama.
Silalah sampaikan apa jua idea, pandangan, tulisan agar memberi faedah kepada Islam.
Tulisan di atas adalah sedikit sedutan lakaran dan huraian setelah saya menonton filem tersebut.
Justeru, hati-hatilah kita sebelum menonton sesebuah filem samaada berunsur agama ataupun tidak. Bimbang tersalah pertimbangan akal mengundang fitnah lebih besar pula.
Atau, kalian masih mahu berkalung serban wahai wanita?

Rujukan:
Kitab Fatawa Wa Ahkam Lil Mar’aatil Muslimah
oleh Syeikh Athiah Saqr.